Pembersih Sembelit



PEMBERSIH SEMBELIT
Kita makan mengikut citarasa kita. Adakah kita berfikir tentang masalah yang dihadapi oleh usus, akibat cara pemakanan kita? Memang sukar untuk mengawal cara pemakanan kita. Pada masa yang sama kita risau apabila menghadapi sebarang penyakit. Kita menganggap bahawa apa yang kita makan adalah sesuai untuk badan kita.

PUNCA SEMBELIT• Tidak meminum air yang secukupnya (harus meminum 8 gelas air sehari).
• Tidak makan pada masa yang tepat.
• Kekurangan fiber dalam badan.
• Kesedihan.
• Tidak membuat senaman.
• Tidak cukup tidur.
• makan terlebih atau terlalu kurang.
Usus adalah suatu organ yang penting dalam badan kita. Kita akan menghadapi masalah sembelit disebabkan punca-punca diatas.

MASALAH YANG TIMBUL DISEBABKAN SEMBELIT
Kita harus memberi perhatian kepada sistem penghadaman serta makanan kita. Makanan yang kita makan harus dicerna dan keluar sebagai bahan buangan dalam masa 15 jam kemudian. Kekotoran darah dan kerosakan organ dalam badan akan berlaku, jika mengalami masalah sembelit.

PENYAKIT-PENYAKIT DISEBABKAN SEMBELIT
Barah usus, alser usus, alser mulut, mulut berbau, badan berbau, keletihan, sakit kepala, penyakit kulit, keretakan pada kulit di bahagian kaki, sakit perut, jerawat dan sebagainya.
Apakah cara untuk mengatasi masalah ini? Masalah sembelit harus ditangani dengan segera. Masalah usus dapat dirawati dengan mengambil kapsul Bowel Cleanse yang paling efektif bagi masalah sembelit.

BOWEL CLEANSE
Cara mengambil - 2 kali sehari - 3 kapsul selepas makan malam dan 2 kapsul selepas bersarapan.

PENERANGAN
Jika bahan buangan keluar tanpa masalah apabila mengambil 3 kapsul pada waktu malam dan 2 kapsul pada waktu pagi,anda boleh meneruskan cara ini. Jika tidak, anda harus makan 4 kapsul pada waktu malam dan 4 kapsul pada waktu pagi. Adalah baik jika 2 atau 3 kali bahan buangan keluar dalam sehari. Anda boleh mengambil ubat ini untuk 6 bulan.Jika bahan buangan keluar 4 atau 5 kali sehari, bilangan kapsul boleh dikurangkan daripada 3 kapsul ke 2 kapsul.
(1) Umur 6 bulan hingga 2 tahun
Campurkan 1 kapsul Bowel Cleanse dengan 2 auns susu minum. (Jika perlu sahaja).
(2) Umur 3 hingga 5 tahun
Campurkan 1 kapsul Bowel Cleanse dengan segelas susu atau air suam dan minum. (Jika perlu sahaja).
(3) Umur 6 hingga 10 tahun
Campurkan 1 kapsul Bowel Cleanse pada waktu pagi dan 1 kapsul pada waktu malam (bergantung pada situasi), dengan segelas air suam dan minum. Tambahkan gula jika perlu.
(4) Umur 11 hingga 15 tahun
Makan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam, untuk 6 bulan.
(5) Umur 16 hingga 60 tahun keatas
Makan 3 kapsul pada waktu pagi dan 3 kapsul pada waktu malam, untuk 6 bulan.

PANTANG LARANG SEMENTARA
Anda tidak harus meminum teh, teh o', kopi, kopi o' dan Nescafe. Hentikan pengambilan makanan buat sementara waktu sehingga masalah sembelit anda selesai.

0 comments:

Post a Comment